Kelas NADI Mahir Jahit Minggu 13 Potong Baju Kurung Pesak

18 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2025, Sabtu, Kelas NADI Mahir Jahit bagi Minggu ke 13 telah diadakan secara atas talian yang bermula dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Program tersebut telah dihadiri oleh seorang peserta dan dijalankan oleh pihak NADI Mahir sendiri.

Pada minggu ke 13, modul yang telah diajar kepada semua peserta Mahir Jahit ialah cara-cara untuk menjahit kurung pesak. Desain baju kurung tersebut boleh diubah mengikut kreativiti para peserta itu sendiri. Semoga dengan adanya program ini mendapat sambutan yang baik dari komuniti untuk mempelajari ilmu sepanjang hayat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali